Rabu, 16 Februari 2011

PENGLIBATAN TENAGA KERJA TEMPATAN DI SEKTOR PEMBINAAN DI MALAYSIA

Industri pembinaan di Malaysia telah mengalami kekurangan tenaga kerja yang kritikal. Sumber tenaga kerja tempatan tidak dapat menampung permintaan tenaga kerja binaan yang semakin meningkat. Ini menyebabkan kontraktor lebih cenderung untuk mengambil tenaga kerja asing. Pengambilan tenaga kerja asing yang terlalu ramai telah menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan taburan tenaga kerja binaan di tapak bina. Keadaan ini telah membawa kepada pelbagai implikasi yang negatif terhadap industri pembinaan itu sendiri.



Kepentingan tenaga kerja mahir terutamanya tenaga kerja binaan tidak dinafikan kepentingannya, di mana negara terpaksa membina institusi-institusi latihan kemahiran yang banyak bagi menampung permintaan yang semakin bertambah terhadap tenaga kerja mahir.

Tenaga kerja merupakan salah satu aset yang terpenting di dalam industri pembinaan selain daripada modal, mesin, bahan dan kepakaran. Tenaga kerja di sektor pembinaan boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan utama iaitu tenaga kerja am, tenaga keja separuh mahir dan tenaga keja mahir. Walaupun keperluan tenaga keja ini amat penting di dalam industri pembinaan tetapi negara terpaksa mengimport tenaga keja asing daripada negara jiran untuk menampung kekurangan tenaga kerja tempatan yang semakin kritikal. Perkara tersebut, mungkin berpunca daripada pemikiran masyarakat kita sendiri di Malaysia yang memandang rendah dan kotor terhadap tenaga keja binaan ini. Pada masa hadapan, kumpulan pekerja ini akan menjadi pekerja elit kerana bertanggungjawab menggerakkan sebahagian besar jentera pembangunan terutamanya di sektor binaan.

Industri pembinaan menyaksikan peningkatan kontrak-kontrak daripada kedua-dua sektor awam dan swasta hasil daripada langkah-langkah yang diperkenalkan oleh kerajaan dan agensi2 swasta melalui kemajuan sesuatu tempat secara berterusan.

Hasil daripada kerancakan pertumbuhan industri binaan tempatan, sektor ini memerlukan guna tenaga kerja yang banyak disamping mempunyai kemahiran dan terlatih, ia juga berupaya menghasilkan kerja yang berkualiti dalam tempoh masa dan kos yang dikehendaki di dalam penyiapan projek tersebut.

Walaubagaimanapun.... pada hakikatnya, Malaysia pada hari ini sangat bergantung pada tenaga kerja asing. KOntraktor juga tidak mempunyai pilihan selain mengambil tenaga kerja asing untuk menjalankan aktiviti binaan projek mereka.
Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini??

Tiada ulasan: