Jumaat, 18 Februari 2011

JEMPUTAN MENGHADIRI SEMINAR "TENDERING FOR SUCCESS"

QS Capacity Development Programme (QSCDP) iaitu usahasama Institution of Surveyors Malaysia (ISM) dan Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan (CKUB) akan menganjurkan satu Seminar bertajuk ‘Tendering For Success’ bagi memperkenalkan dan memberi pendedahan kepada peserta terhadap inisiatif dan pendekatan baru perolehan yang akan dilaksanakan. Seminar ini akan berlansung pada 8 Mac 2011 bertempat di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur.

Antara lain, seminar ini memperkenalkan beberapa inisiatif baru dalam melaksanakan proses perolehan seperti perolehan secara atas talian (on-line tendering) melalui National e-Tendering Initiative (NeTI), Elektronik Nilai Tahunan Projek (eNTP), Sistem Penilaian Kendiri (Self Evaluation) dan lain-lain. Terbuka kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam industri pembinaan. Butiran lanjut mengenai bengkel tersebut adalah seperti di http://www.qscdp.my/

Tiada ulasan: