Ahad, 13 Februari 2011

PENGENALAN PEMBINAAN

TAHAN 2011

Industri pembinaan merangkumi sektor yang merancang, merekabentuk, memulihara, meruntuhkan dan membaiki pelbagai jenis bangunan serta semua jenis kerja kejuruteraan awam, mekanikal, elektrikal dan kerja-kerja berkaitan.

Pembinaan skala besar memerlukan kepakaran dan teknologi. Sesuatu pembinaan biasanya diketuai oleh ketua projek yang akan dibantu oleh pengurus pembinaan, jurutera seni bina, jurutera pembinaan atau arkitek. Untuk memastikan pembinaan berjalan dengan lancar, perancangan yang berkesan amat penting.

Secara umum, terdapat tiga jenis pembinaan iaitu,
  • pembinaan bangunan
  • pembinaan skala besar
  • pembinaan industri
Setiap projek pembinaan memerlukan kumpulan kerja dan kepakaran untuk merancang, membina dan memastikan kerja-kerja pembinaan berjalan dengan lancar.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

WThanks...