Selasa, 15 Februari 2011

CABARAN TERHADAP SUB-KONTRAKTOR DALAM INDUSTRI PEMBINAAN DI MALAYSIA

Sektor industri pembinaan di Malaysia kini sedang rancak membangun seiring dengan kejayaan yang telah dicapai di Malaysia. Pembabitan sub-kontraktor dalam kerja pembinaan awam merupakan faktor utama untuk menjayakan sesebuah projek pembinaan. Walaubagaimanapon, terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh sub-kontraktor terutama untuk perkhidmatan mereka dalam kontrak.
Masalah yang dihadapi adalah berkaitan dan bersangkutan dengan  cara pembayaran kepada kontraktor, kelewatan tuntutan bayaran, masalah aliran tunai kontraktor dan sumber kewangan kontraktor yang tidak mencukupi. Disebabkan masalah ini, pihak sub-kontraktor terpaksa menanggung kos sendiri termasuk ditipu dan tidak mendapat bayaran bagi kerja-kerja yang dijalankan oleh mereka.
Kesimpulan: satu bentuk perjanjian piawai yang lebih adil untuk perkhidmatan sub-kontraktor perlu diwujudkan.

Tiada ulasan: