Sabtu, 19 Mac 2011

PROJEK PEMBINAAN - RUMAH BANGLO DUA TINGKAT


1. Kerja-kerja pembersihan tapak - kerja ini dilakukan sebelum kerja-kerja pembinaan dijalankan. Ia merupakan kerja-kerja awalan di dalam pembinaan.

2. Setting Out Kedudukan Bangunan. - Kerja ini biasanya dilakukan oleh juruukur bagi memastikan kedudukan bangunan berada pada kedudukan yang betul.

3. Kerja pengorekan pad footing - dibuat untuk membuat tapak bagi bangunan tersebut.

bersambung........................

Jumaat, 25 Februari 2011

Ahad, 20 Februari 2011

LANTIK ARKITEK /PERUNDING SEBELUM PEMBINAAN RUMAH

Jika anda bercadang untuk membina kediaman baru atau membuat tambahan kepada rumah sediada, anda perlu melantik akitek/perunding yang akan menguruskan semua hal yang berkaitan dengan pihak majlis. Di bawah ini dihuraikan serba ringkas tentang peranan akitek/perunding.

Apakah skop kerja akitek/perunding dalam urusan pembinaan atau ubahsuai rumah kediaman?
- menjadi penasihat & memberi panduan kepada klien berkenaan masalah ubahsuai rumah
- memberi khidmat rekabentuk sesuai dengan keperluan & kemampuan kewangan klien
- membuat rekabentuk yang yang praktikal & selamat
- membeli & mengisi borang bagi pihak klien
- mengemukakan pelan-pelan ke pihak majlis bagi pihak klien sehingga mendapat kelulusan
- menghadiri temujanji @ mesyuarat perbincangan bersama pihak majlis
- membuat rayuan bagi pihak klien jika berlaku masalah saman/denda dsb
- membantu klien dalam pemilihan kontraktor binaan yang sesuai
- memastikan kerja-kerja ubahsuai mengikut undang2 bangunan sehingga siap binaan
- memantau kerja-kerja pembersihan & pembuangan sampah sisa binaan
- membantu klien dalam urusan tuntutan wang cagaran ubahsuai rumah dari pihak majlis jika rumah telah siap dan sampah sisa binaan telah dibuang oleh kontraktor sampah yang berlesen.

Apakah dokumen tambahan yang perlu dikemukakan bersama pelan ke pihak majlis?
Sebelum pelan dikemukakan ke pihak majlis, anda perlu sediakan;
a. Salinan dokumen jual-beli rumah atau geran/surat hakmilik
b. Salinan cukai pintu & CF rumah
c. Surat kebenaran jiran sebelah (kecuali rumah banglo)
d. Gambar rumah sediada bahagian depan/tepi/belakang
e. Duit bayaran proses pelan/permit/cagaran/tong sampah Alamflora dsb
Semua perkara di atas diserahkan kepada pihak akitek/perunding anda.

Sabtu, 19 Februari 2011

GARISPANDUAN PROSES KELULUSAN PELAN BANGUNAN DAN CFO

GARISPANDUAN PROSES KELULUSAN PELAN BANGUNAN DAN CFO
MELALUI PUSAT SETEMPAT (OSC)

1. PENDAHULUAN
1.1 Garispanduan ini bertujuan untuk memberi panduan berkaitan
sistem Pusat Setempat (‘
dilaksanakan oleh Pihakberkuasa Tempatan (PBT) dan Kerajaan
Negeri bagi kelulusan Pelan Bangunan dan Sijil Kelayakan
Menduduki (CFO).

One Stop Centre’, OSC) untuk
2. LATAR BELAKANG
2.1 Di bawah Pakej Strategi
System
Package
Meningkatkan Keberkesanan Delivery-Pakej Merangsang Ekonomi (Stimulus Economic), Kerajaan telah menetapkan bahawa delivery system
perkhidmatan awam yang cekap diperlukan bagi menjamin
kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan dasar dan strategi
pembangunan negara.
2.2 Kerajaan telah bersetuju dengan perakuan
Committee On Government Delivery System
oleh Ketua Setiausaha Negara supaya diwujudkan OSC pada dua
peringkat iaitu di peringkat PBT dan peringkat PBN bagi
memudahkan proses kelulusan pelan bangunan dan CFO. Perkara
ini terkandung dalam
Ekonomi.
Strategic Thrustyang dipengerusikanLangkah 70(a) - dalam Pakej Meransang
2
2.3 Segala urusan Permohonan Kelulusan Pelan Bangunan & CFO
akan dikemukakan ke OSC peringkat PBT.
2.4 Kes-kes rumit dan bermasalah yang tidak dapat diselesaikan di
OSC peringkat PBT akan dirujuk kepada OSC Negeri untuk
penyelesaian.
2.5 Sejajar dengan arahan ini garispanduan ini telah menetapkan
tatacara dan struktur OSC untuk dipatuhi oleh semua PBT dan
PBN.

3. BIDANG TUGAS
3.1 Menyelaras, mengawal dan memantau proses permohonan Pelan
Bangunan dan CFO dari pemohon ke PBT dan Agensi Teknikal.
3.2 Melapor status permohonan Pelan Bangunan dan CFO ke KPKT
dan Kerajaan Negeri.
3.3 Membuat analisis masalah permohonan tersebut dan beri
cadangan penambahbaikan.

4. STRUKTUR OSC
4.1 OSC akan diwujudkan pada dua peringkat, iaitu di peringkat PBT
dan di peringkat negeri.

4.2 OSC di peringkat PBT (OSC/PBT)
OSC/PBT akan diketuai oleh Yang Di Pertua (YDP) dan keahlian
terdiri daripada wakil Agensi Teknikal (MIDA jika berkenaan).
Ketua : YDP PBT
Urusetia :
Pegawai sepenuh masa PBT yang tidak terlibat
dengan kelulusan Pelan Bangunan atau CFO
yang sepenuh masa
PBT hendaklah menempatkan kakitangan
-
Daerah
sekurang-kurangnya seorang bagi Majlis
-
Perbandaran
Ahli : Wakil Agensi Teknikal dan MIDA serta sesiapa
yang difikirkan sesuai oleh Kerajaan Negeri
4.2.1 Tugas Urusetia
sekurang-kurangnya dua orang bagi Majlis
Menerima permohonan kelulusan Pelan Bangunan dan CFO.
diproses.
Mengedar ke Agensi Teknikal atau pihak yang berkenaan untuk
diedar ke Agensi Teknikal.
Mengawal dan memantau permohonan-permohonan yang telah
dikumpul dan diproses mengikut garispanduan ini.
Menerima balik ulasan-ulasan dari Agensi Teknikal untuk
ke PBT untuk kelulusan Pelan Bangunan dan Sijil Kelayakan
Menduduki.
Mengemukakan secara rasmi dokumen yang telah diselaraskan
mesyuarat mingguan agensi teknikal dan pemaju.
Bagi projek yang bermasalah kecil OSC akan memanggil
melalui ‘coding’ untuk fail serta pemantauan khas mengikut
tatacara yang telah disediakan oleh KPKT.
Mengenalpasti projek sektor pembuatan untuk diberi keutamaan
semasa ke semasa dalam borang khas.
Memaklumkan status permohonan ke KPKT dan PBN dari
Merujuk projek yang bermasalah ke OSC Negeri.
masalah dan beri cadangan pembaikan ke KPKT dan PBN.
Menyediakan lapuran bulanan status kelulusan, analisis

4.3 OSC di peringkat Negeri (OSC/Negeri)
OSC/Negeri akan diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dan
pentadbirannya akan diserapkan dalam salah satu Jawatan Kuasa
sedia ada yang dipengerusikan oleh SUK.
Urusetia boleh dipilih dari cawangan/bahagian berkenaan seperti
UPEN atau Timb. SUK (Pentadbiran)
4.3.1 Tugas OSC/Negeri
dirujuk oleh OSC/PBT, semak dan rekod untuk tindakan.
Menerima kes permohonan Pelan Bangunan dan CFO yang
kes yang dirujuk.
Menyusun mesyuarat OSC/Negeri untuk membincangkan
berkaitan).
Memaklumkan keputusan ke PBT dan KPKT (dan MIDA jika
Menyediakan laporan bulanan untuk KPKT.

5. TATACARA PROSES KELULUSAN PELAN BANGUNAN DAN CFO
5.1 Kelulusan Pelan Bangunan
(Rujuk Lampiran A)
a) Peringkat OSC/PBT
i) Semua permohonan kelulusan untuk Pelan Bangunan
akan dirujuk ke OSC/PBT. Bagi kelulusan pelan
bangunan bilangan agensi teknikal luar mungkin
berbeza antara PBT memandangkan syarat yang
dikenakan semasa kelulusan perancangan akan
dikenakan semasa kelulusan CFO. Bagi kes demikian
agensi teknikal berkenaan tidaklah perlu dirujuk dalam
proses pelan bangunan ini. Walaubagaimanapun
setiap PBT hendaklah konsisten dalam bilangan agensi
teknikal yang perlu dirujuk bagi proses ini.
ii) Pemohon yang ingin memohon kelulusan Pelan
Bangunan hendaklah mendaftarkan permohonannya
dengan PBT di mana nombor fail dan senarai semak B
seperti tercatat di dalam
Kelulusan Pembangunan
teknikal yang perlu dirujuk) akan diberi kepada
pemohon.
iii) Pemohon seterusnya akan mengemukakan kepada
OSC permohonan tersebut beserta dengan dokumen
Garispanduan Proses(yang menentukan agensi7
dokumen berkenaan berdasarkan senarai semak yang
dikeluarkan oleh PBT.
iv) Urusetia OSC/PBT akan menyemak dan memberi
nasihat kepada pemohon jika terdapat permohonan
yang tidak lengkap. Permohonan yang telah disemak
akan dikemukakan ke Agensi Teknikal berkenaan
(Agensi Teknikal Luaran dan Dalaman) untuk memberi
perakuan.
v) Urusetia OSC/PBT akan memantau tempoh masa dari
setiap Agensi Teknikal mengikut piagam/garispanduan
untuk mempastikan peraturan tersebut dipatuhi.
vi) Setelah menerima balik ulasan dari Agensi Teknikal,
dan jika:
OSC akan menghantar permohonan ke PBT untuk
kelulusan dalam tempoh ditetapkan. Pemohon akan
dimaklum tarikh penyerahan permohonan tersebut.
Semua agensi teknikal memberi perakuan, urusetia
Teknikal tertentu yang difikirkan boleh diselesaikan
diperingkat OSC/PBT atau masih ada agensi teknikal
yang tidak memberi perakuan dalam masa yang
ditetapkan; urusetia akan tentukan mesyuarat yang
akan dipengerusikan oleh YDP dan wakil Agensi
Teknikal dipanggil untuk penyelesaian. Jika mesyuarat
Sekiranya terdapat masalah perakuan dari Agensi
ini masih tidak dapat menyelesaikan, ianya akan
dirujuk ke OSC/Negeri. Jika permohonan ini boleh
diselesaikan pada mesyuarat ini, permohonan ini akan
dikemukakan ke PBT secara rasmi.
OSC/PBT, urusetia akan rujuk ke OSC/Negeri untuk
tindakan selanjutnya.
b) Peringkat OSC/Negeri
i) Kes permohonan Pelan Bangunan yang dirujuk ke
OSC/Negeri dari OSC/PBT akan diterima dan direkod
oleh urusetia OSC/Negeri.
ii) OSC/Negeri akan menyusun permohonan dan
tetapkan tarikh untuk dibentang kes tersebut dalam
mesyuarat yang telah dikenalpasti oleh PBN sebagai
salah satu agenda. Wakil Agensi Teknikal, pemohon
dan MIDA jika berkenaan akan dijemput hadir bersama
untuk diberi penjelasan.
iii) Selepas mesyuarat OSC/Negeri
Jika terdapat masalah yang difikirkan di luar kuasa
berkenaan akan diserah ke PBT berkenaan untuk
tindakan susulan. Satu salinan keputusan akan
diserah ke OSC/PBT dan pemohon (MIDA jika
berkenaan).
Jika kes dapat diselesaikan, permohonan
akan dimaklumkan ke OSC/PBT dan salinan kepada
pemohon dan MIDA jika berkenaan.
Jika kes masih tidak dapat diselesaikan, keputusan
5.2 Kelulusan CFO
(Rujuk Lampiran B
Keputusan OSC/Negeri adalah muktamad.)
a) Peringkat OSC/PBT
i) Pemohon akan mengemukakan permohonan kelulusan
CFO yang lengkap kepada OSC/PBT.
ii) Urusetia OSC/PBT akan menyemak dan memberi
nasihat kepada pemohon jika terdapat permohonan
yang tidak lengkap. Permohonan yang telah disemak
akan dikemukakan ke Agensi Teknikal berkenaan
(Agensi Teknikal Luaran dan Dalaman) untuk memberi
perakuan.
iii) Urusetia OSC/PBT akan memantau tempoh masa dari
setiap Agensi Teknikal mengikut piagam/garispanduan
untuk mempastikan peraturan tersebut dipatuhi.
iv) Setelah menerima balik ulasan dari Agensi Teknikal,
dan jika:
OSC akan menghantar permohonan ke PBT untuk
kelulusan dalam tempoh ditetapkan. Pemohon akan
dimaklum tarikh penyerahan permohonan tersebut.
Semua agensi teknikal memberi perakuan, urusetia
Teknikal tertentu yang difikirkan boleh diselesaikan
diperingkat OSC/PBT atau masih ada agensi
teknikal yang tidak memberi perakuan dalam masa
yang ditetapkan; urusetia akan tentukan mesyuarat
yang akan dipengerusikan oleh YDP dan wakil
Agensi Teknikal dipanggil untuk penyelesaian. Jika
mesyuarat ini masih tidak dapat menyelesaikan,
ianya akan dirujuk ke OSC/Negeri. Jika permohonan
ini boleh diselesaikan pada mesyuarat ini,
permohonan ini akan dikemukakan ke PBT secara
rasmi.
Sekiranya terdapat masalah perakuan dari Agensi
OSC/PBT, urusetia akan rujuk ke OSC/Negeri untuk
tindakan selanjutnya.
b) Peringkat OSC/Negeri
i) Kes permohonan CFO yang dirujuk ke OSC/Negeri dari
OSC/PBT akan diterima dan direkod oleh urusetia
OSC/Negeri.
Jika terdapat masalah yang difikirkan di luar kuasa
ii) OSC/Negeri akan menyusun permohonan dan
tetapkan tarikh untuk dibentang kes tersebut dalam
mesyuarat yang telah dikenalpasti oleh PBN sebagai
salah satu agenda. Wakil Agensi Teknikal, pemohon
dan MIDA jika berkenaan akan dijemput hadir bersama
untuk diberi penjelasan.
iii) Selepas mesyuarat OSC/Negeri
berkenaan akan diserah ke PBT berkenaan untuk
tindakan susulan. Satu salinan keputusan akan
diserah ke OSC/PBT dan pemohon (MIDA jika
berkenaan).
Jika kes dapat diselesaikan, permohonan
akan dimaklumkan ke OSC/PBT dan salinan kepada
pemohon dan MIDA jika berkenaan.
Jika kes masih tidak dapat diselesaikan, keputusan
 
6. KEKERAPAN MESYUARAT OSC
6.1 OSC di peringkat PBT akan bermesyuarat 2 minggu sekali.
Sekiranya perlu, mesyuarat ini boleh diadakan lebih kerap
bergantung kepada keadaan semasa.
6.2 OSC di peringkat Negeri akan bermesyuarat sekurang-kurangnya
sekali sebulan.

7. LAPORAN PEMANTAUAN DAN ANALISIS
7.1 OSC/PBT akan menyediakan laporan setiap bulan bagi status
kelulusan Pelan Bangunan dan CFO untuk dimajukan ke KPKT,
Kerajaan Negeri dan MIDA bagi pihak sektor pembuatan.
7.2 OSC/PBT juga mempunyai peranan untuk membuat analisis
berkaitan masalah proses kelulusan tersebut dan seterusnya
mencadangkan kepada KPKT dan Kerajaan Negeri syor-syor bagi
memperbaiki sebarang kelemahan yang terdapat dalam proses
kelulusan berkenaan.

8. PENUTUP
OSC di peringkat PBT dan Negeri akan dipantau secara rapat oleh KPKT
dan agensi kerajaan pusat lain. Oleh yang demikian, YDP PBT dan
Setiausaha Kerajaan Negeri adalah diminta mengadakan sistem
pemantauan dan dokumentasi sendiri untuk memudahkan kerja tersebut.


Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Keputusan OSC/Negeri adalah muktamad.

Jumaat, 18 Februari 2011

JEMPUTAN MENGHADIRI SEMINAR "TENDERING FOR SUCCESS"

QS Capacity Development Programme (QSCDP) iaitu usahasama Institution of Surveyors Malaysia (ISM) dan Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan (CKUB) akan menganjurkan satu Seminar bertajuk ‘Tendering For Success’ bagi memperkenalkan dan memberi pendedahan kepada peserta terhadap inisiatif dan pendekatan baru perolehan yang akan dilaksanakan. Seminar ini akan berlansung pada 8 Mac 2011 bertempat di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur.

Antara lain, seminar ini memperkenalkan beberapa inisiatif baru dalam melaksanakan proses perolehan seperti perolehan secara atas talian (on-line tendering) melalui National e-Tendering Initiative (NeTI), Elektronik Nilai Tahunan Projek (eNTP), Sistem Penilaian Kendiri (Self Evaluation) dan lain-lain. Terbuka kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam industri pembinaan. Butiran lanjut mengenai bengkel tersebut adalah seperti di http://www.qscdp.my/

Rabu, 16 Februari 2011

PENGLIBATAN TENAGA KERJA TEMPATAN DI SEKTOR PEMBINAAN DI MALAYSIA

Industri pembinaan di Malaysia telah mengalami kekurangan tenaga kerja yang kritikal. Sumber tenaga kerja tempatan tidak dapat menampung permintaan tenaga kerja binaan yang semakin meningkat. Ini menyebabkan kontraktor lebih cenderung untuk mengambil tenaga kerja asing. Pengambilan tenaga kerja asing yang terlalu ramai telah menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan taburan tenaga kerja binaan di tapak bina. Keadaan ini telah membawa kepada pelbagai implikasi yang negatif terhadap industri pembinaan itu sendiri.



Kepentingan tenaga kerja mahir terutamanya tenaga kerja binaan tidak dinafikan kepentingannya, di mana negara terpaksa membina institusi-institusi latihan kemahiran yang banyak bagi menampung permintaan yang semakin bertambah terhadap tenaga kerja mahir.

Tenaga kerja merupakan salah satu aset yang terpenting di dalam industri pembinaan selain daripada modal, mesin, bahan dan kepakaran. Tenaga kerja di sektor pembinaan boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan utama iaitu tenaga kerja am, tenaga keja separuh mahir dan tenaga keja mahir. Walaupun keperluan tenaga keja ini amat penting di dalam industri pembinaan tetapi negara terpaksa mengimport tenaga keja asing daripada negara jiran untuk menampung kekurangan tenaga kerja tempatan yang semakin kritikal. Perkara tersebut, mungkin berpunca daripada pemikiran masyarakat kita sendiri di Malaysia yang memandang rendah dan kotor terhadap tenaga keja binaan ini. Pada masa hadapan, kumpulan pekerja ini akan menjadi pekerja elit kerana bertanggungjawab menggerakkan sebahagian besar jentera pembangunan terutamanya di sektor binaan.

Industri pembinaan menyaksikan peningkatan kontrak-kontrak daripada kedua-dua sektor awam dan swasta hasil daripada langkah-langkah yang diperkenalkan oleh kerajaan dan agensi2 swasta melalui kemajuan sesuatu tempat secara berterusan.

Hasil daripada kerancakan pertumbuhan industri binaan tempatan, sektor ini memerlukan guna tenaga kerja yang banyak disamping mempunyai kemahiran dan terlatih, ia juga berupaya menghasilkan kerja yang berkualiti dalam tempoh masa dan kos yang dikehendaki di dalam penyiapan projek tersebut.

Walaubagaimanapun.... pada hakikatnya, Malaysia pada hari ini sangat bergantung pada tenaga kerja asing. KOntraktor juga tidak mempunyai pilihan selain mengambil tenaga kerja asing untuk menjalankan aktiviti binaan projek mereka.
Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini??

Selasa, 15 Februari 2011

CABARAN TERHADAP SUB-KONTRAKTOR DALAM INDUSTRI PEMBINAAN DI MALAYSIA

Sektor industri pembinaan di Malaysia kini sedang rancak membangun seiring dengan kejayaan yang telah dicapai di Malaysia. Pembabitan sub-kontraktor dalam kerja pembinaan awam merupakan faktor utama untuk menjayakan sesebuah projek pembinaan. Walaubagaimanapon, terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh sub-kontraktor terutama untuk perkhidmatan mereka dalam kontrak.
Masalah yang dihadapi adalah berkaitan dan bersangkutan dengan  cara pembayaran kepada kontraktor, kelewatan tuntutan bayaran, masalah aliran tunai kontraktor dan sumber kewangan kontraktor yang tidak mencukupi. Disebabkan masalah ini, pihak sub-kontraktor terpaksa menanggung kos sendiri termasuk ditipu dan tidak mendapat bayaran bagi kerja-kerja yang dijalankan oleh mereka.
Kesimpulan: satu bentuk perjanjian piawai yang lebih adil untuk perkhidmatan sub-kontraktor perlu diwujudkan.

Ahad, 13 Februari 2011

PEMBINAAN RUMAH (iklan)

Bina rumah / ubah suai rumah / kerja-kerja
kejuruteraan awam.

- Pembinaan Rumah (Banglo, teres, Kampung)/ Kedai
/ Kilang
- Kerja-kerja untuk kontraktor utama.
- Kerja-kerja ikat bata dan plaster.
- Mengecat
- Tukang Paip
- Kerja-kerja longkang dan saliran
- Pembinaan kerangka bumbung dan atap
- Ubahsuai rumah
- Penyediaan pekerja asing (Tukang Kayu, Tukang
Besi, Tukang Plaster, Ikat Bata )
Kerja-kerja akan dijalankan oleh pekerja asing
yang mempunyai permit yg sah.
Kerja-kerja akan dijalankan mengikut citarasa dan
tempoh yang ditetapkan oleh pemilik projek.
Harga boleh dirunding. Sila hubungi untuk
mendapatkan sebut harga. murah2!!
- untuk kawasan KEDAH/PERLIS/SELANGOR sahaja.

Projek dalam Pembinaan:
1. Membina Sebuah Rumah Banglo 2 Tingkat Di Sungai Ramal Dalam, Kajang.











UNTUK KETERANGAN LANJUT HUBUNGI:
H/P: 0164807995

PENGENALAN PEMBINAAN

TAHAN 2011

Industri pembinaan merangkumi sektor yang merancang, merekabentuk, memulihara, meruntuhkan dan membaiki pelbagai jenis bangunan serta semua jenis kerja kejuruteraan awam, mekanikal, elektrikal dan kerja-kerja berkaitan.

Pembinaan skala besar memerlukan kepakaran dan teknologi. Sesuatu pembinaan biasanya diketuai oleh ketua projek yang akan dibantu oleh pengurus pembinaan, jurutera seni bina, jurutera pembinaan atau arkitek. Untuk memastikan pembinaan berjalan dengan lancar, perancangan yang berkesan amat penting.

Secara umum, terdapat tiga jenis pembinaan iaitu,
  • pembinaan bangunan
  • pembinaan skala besar
  • pembinaan industri
Setiap projek pembinaan memerlukan kumpulan kerja dan kepakaran untuk merancang, membina dan memastikan kerja-kerja pembinaan berjalan dengan lancar.